Info Kolagen

 
Collagen??? hmm....setiap hari ramai wanita bercakap mengenai collagen....Semua orang nak kelihatan muda dan berseri...Kedutan di muka terutamanya di bahagian mata membuatkan kita berasa tidak selesa setiap kali melihat cermin...Pengambilan vitamin dan supplement dapat membantu melewatkan proses penuaan..Kini pelbagai produk berasaskan collagen banyak berada dipasaran...macam2 brand..dari yang murah sehingga yang paling mahal...sampai pening kepala nak pilih yang mana satu...

Apa itu collagen??
Collagen adalah elemen yang penting untuk kecantikan dan keanjalan kulit.
Penurunan collagen akan berlaku apabila umur semakin meningkat dewasa..kekurangan collagen mengakibatkan kulit mula menampak garis-garis penuaan dan kulit muka akan mudah berjeragat,kusam dan tidak bermaya.

Penghasilan collagen akan  berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada collagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan collagen dalam badan..Tanda-tanda collagen semakin kurang adalah seperti berikut :
  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan



Ini adalah antara fungsi dan juga kesan pengambilan collagen :

Fungsi Collagen:

  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
 Kesan Pegambilan Vitamin & Collagen
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf



No comments:

Post a Comment